top of page
PEGAWAI MEMERINTAH
Lt Kol Ahmad @ Ahmad Zaisal bin Abd Rashid
PPA (1987), AMP (2000), KAT (2007), psc
 

Lt Kol Ahmad @ Ahmad Zaisal Bin Abdul Rasyid dilahirkan di Johor Bharu pada14 Feb 1966. Beliau telah mengikuti latihan sebagai Pegawai Kadet di Maktab Tentera Diraja (MTD) di Sungai Besi pada tahun 1984 dan di atas kecemerlangan semasa di MTD beliau telah terpilih untuk mengikuti latihan di Infantry Officers Cadet Course di Singapore Armed Forces Military Institute atau lebih dikenali sebagai SAFTI. Beliau telah ditauliah sebagai Leftenan Muda di dalam Kor Rejimen Askar Melayu Diraja pada 18 Jun 1986 dan memulakan perkhidmatan sebagai Ketua Platun di 9 RAMD yang pada ketika itu berpengkalan di Sungai Petani, Kedah.

 

Sepanjang karier beliau telah memegang pelbagai jawatan sebagai Pemerintah, Jurulatih di pusat-pusat latihan TD dan Pegawai Staf di markas briged. Selain dari menjadi Jurulatih, beliau juga telah diberi kepercayaan untuk bertugas di Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan juga sebagai Pegawai Staf 2 Tadbir di 4 Briged Mekanise. Di dalam bidang kejurulatihan, antara jawatan yang pernah disandang oleh beliau adalah Pegawai Latih di MTD, Jurulatih TSP dan Ketua Cawangan CTKPL di PULADA, dan juga Ketua Cawangan Rancang dan Validasi di Mk Lat TD di samping pernah bertugas sebagai Ketua Pen Setiausaha di Bahagian Perisikan Negara, Bahagian Perisikan Negara di Majlis Keselamatan Negara (MKN) di Putrajaya.

 

Beliau telah dinaikkan kepangkat Leftenan Kolonel pada 12 Dis 2008 semasa bertugas di MKN Putrajaya sebelum dilantik sebagai Pegawai Memerintah 23 RAMD mulai 18 Mac 2013. Lt Kol Ahmad @ Ahmad Zaisal Bin Abdul Rasyid juga telah mengikuti pengajian/kursus profesional di dalam dan di luar negara dan berkelulusan Master in Management (PCU) pada tahun 2001. Beliau telah mendirikan rumah tangga dan kini merupakan seorang bapa tunggal kepada dua orang cahaya mata perempuan. Hobi beliau adalah membaca dan mengembara.

 

bottom of page