top of page

TENTANG KAMI

Batalion Kedua Puluh Tiga Rejimen Askar Melayu Diraja pada asalnya adalah merupakan Batalion Kesebelas Rejimen Askar Wataniah yang ditubuhkan di Kem Sikamat, Seremban, Negeri Sembilan pada Dis 1961 sebelum dibubarkan. Keanggotaan Batalion ini ketika itu dikenali sebagai 11 RAW yang terdiri dari anggota-anggota Tentera Tempatan Persekutuan (TTP). Pertukaran nama Rejimen dengan rasminya telah dilakukan pada 1 Mac 1979 bertempat di Stadium Angkatan Tentera, Kuala Lumpur sempena menyambut Hari Tentera Darat yang ke 46. Kuasa penubuhan telah dikeluarkan melalui FED (M) 3000/6/72. Selepas itu, Batalion ini dikenali sebagai Batalion Kedua Puluh Tiga Rejimen Askar Melayu Diraja dan ditempatkan di kem yang sama. Seramai 6 Pegawai dan 158 LLP terlibat dengan penubuhan tersebut (Seramai 154 anggota-anggota kerahan telah diserapkan ke Angkatan Tetap bagi memenuhi perjawatan di dalam Kor Rejimen Askar Melayu Diraja).

bottom of page