top of page

PENGENALAN PASUKAN

 

LAMBANG PASUKAN

Lambang dan Warna pasukan ini telah diilhamkan oleh Mejar Amir bin Baharuddin yang terdiri daripada 4 warna iaitu biru muda melambangkan cita-cita tinggi melangit, kuning melambangkan kejujuran dan cintakan kepada raja, merah melambangkan keperwiraan dan hijau melambangkan keimanan.

COGAN KATA

“HUBBUL WATAN MINAL IMAN” yang membawa maksud “Profesionalisma dan Pengorbanan Demi Cinta dan Kasih Sayang Untuk Agama, Nusa dan Bangsa adalah separuh daripada Iman” yang telah diilhamkan oleh Mejar Amir bin Baharuddin.

WARNA PASUKAN

‘Biru Muda, Kuning, Merah dan Hijau’ diilhamkan oleh Mej Amir bin Baharudin, Penolong Pegawai Memerintah pada Jul 1979 melambangkan pengertian-pengertian seperti berikut:

(i)   Biru Muda. Cita-cita yang tinggi

(ii)  Kuning. Kejujuran dan cintakan kepada Raja

(iii) Merah. Keperwiraan

(vi) Hijau. Keimanan

RAGAAN BATALION

Ragaan utama ini diwujudkan pada 1 Mac 1980 dan diilhamkan oleh Leftenan Kolonel Amir Bin Baharuddin (Pegawai Memerintah Yang Ke-3). Ragaan ini bernilai RM 5,608.55 dan diperbuat daripada perak. Berat ragaan adalah 4 kg, tinggi dari tapak hingga ke bendera 42 cm, ukur lilit tapak 100 cm dan ukur lilit kubah 60 cm. Ragaan ini berbentuk Piramid Bersegi Enam yang mana Tapak Segi Enam melambangkan profesional/perjuangan warga Batalion 23 RAMD berpandukan ”Enam Rukun Iman” yang sentiasa dijadikan wadah kehidupan dan perjuangan. Sementara itu, baldu hijau melambangkan kesucian agama Islam yang menjadi pegangan dan fahaman warga batalion ini. Manakala Mercu Piramid Yang Dipacak Bendera Kecil. melambangkan warga batalion ini sentiasa saling bekerjasama memupuk perpaduan dalam kalangan mereka untuk mencapai satu matlamat ke arah kejayaan . Bendera Kecil Pasukan Yang Terpacak Di Puncak Piramid pula melambangkan bahawa kerjasama mereka bergantung pada sokongan dan kerjasama oleh setiap anggota melalui nilai-nilai kerohanian dan jasmaniah kerana perjuangan dan pengorbanan itu separuh daripada iman sebagaimana maksud cogan kata batalion ini. Akhir sekali Lima Bilah Keris yang menjunjung kelangit melambangkan kekuatan warga batalion yang terdiri daripada anak-anak Melayu yang sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang anasir dalam mahupun luar negara.

 

 

 

bottom of page